Selamat Datang!

Monday, February 23, 2009

CARA ELAKAN MAKAN WAKTU BERDIET


Perkara paling sukar untuk mereka yang berdiet adalah untuk menahan diri dari mengambil makanan di saat perut berkeroncong lapar.Namun ada cara mudah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anda yang sedang dalam proses menguruskan badan dari terdorong mengambil makanan ;

1. Rehat :Ketagih makanan sebenarnya dikaitkan dengan stress jadi lakukan sesuatu yang mebuatkan anda tidak memikirkan tentang makanan.Buatlah aktiviti permainan yang tidak ada kait mengait tentang makanan.
2. Haruman vanilla :haruman vanilla boleh membantu anda yang sedang ketagih makanan.Letakkan sedikit haruman tersebut pada tisu dan hidu ketika anda memerlukannya.
3. Jauhkan makanan :jangan simpan makanan ringan didalam rumah ia akan membuatkan anda terpedaya untuk memakannya.Sebaliknya simpanlah buah-buahan segar yang lebih elok untuk anda yang sedang berdiet.
4. Sibukkan Diri : Ketagihan untuk makan sebenarnya hanya dialami dalam tempoh 15 minit sahaja.Jadi bila anda rasa teringin untuk makan,lakukanlah sesuatu seperti menelefon rakan,minum segelas air ataupun berjalan.
5. Bersenam :senaman rutin akan mengurangkan ketagihan kerana senama menghasilkan endorphin hormone yang membuatkan anda bersa gembira.Perasaan ini akan mengurangkan ketagihan makan anda berbanding jika anda berasa sedih.

Monday, February 16, 2009

INGINKAN TUBUH SEMPURNA

Awas ,jika anda terlalu taksub! Jika anda suka mengagumi diri sendiri,menghabiskan masa lebih enam jam untuk membentuk tubuh, sering berasa tubuh kurang ideal dan lebih suka mengenakan pakaian seksi untuk menunjukkan kekentalan otot-otot tubuh yakinlah bahawa anda sedang menghidap penyakit.

Tidak dinafikan setiap wanita dan lelaki mana yang tidak menginginkan tubuh yang padat bersih dan lansing serta berotot untuk lelaki.Tetapi awas jika anda sampai mengejar itu semua dan selalu berasa diri anda tidak sempurna anda berkemungkinan menderita penyakit 'Muscle Dysmorphia'atau MD.

Penyakit ini lebih dikenali dikalangan pelatih fitness sebagai 'Bigorexia Alias Obsess' iaitu memiliki tubuh yang besar atau sebaliknya bagi wanita pula 'anorexia' menginginkan tubuh yang langsing.Kedua-dua penyakit ini adalah penyakit yang melibatkan kejiwaan yang terlalu tertekan dengan kekurangan diri.

Oleh itu bagi penghidap penyakit ini mestilah menjalani rutin harian yang sihat selain mengurangkan aktiviti latihan atau senaman kepada tiga kali seminggu sahaja.Jangan suka membandingkan tubuh orang lain dengan ukuran tubuh kita ,kurangkan membelek tubuh di cermin.Sebenarnya tidak semua wanita suka lelaki yang berotot dan tidak semua lelaki yang menyukai wanita yang kurus dan langsing.Oleh itu amalkan pemakanan yang sihat untuk membuatkan diri anda cantik di luar dan dalam.

Friday, February 13, 2009

BAHAYA BERPAKAIAN KETAT SEMASA TIDUR

Pakaian tidur atau pajama hampir selalu berpotongan longgar untuk keselesaan tidur kita.Bahkan menurut satu kajian yang dibuat tidur sebaik-baiknya tanpa mengenakan pakaian dalam yang biasanya ketat di badan.

Ini kerana pakaian yang menekan perut atau dada akan menekan saraf sehingga akan mempengaruhi fungsi organ didalamnya.Berdasarkan eksperimen hal itu dapat menimbulkan berbagai masalah seperti cirit birit,sembelit,pening dan gatal.Menurut kajian itu lagi wanita yang memakai pakaian dalam yang ketat ketika tidur akan mengalami gangguan pernafasan.Ia termasuk pakaian perlangsingan badan yang semakin popular sekarang.

Menurut kajian tersebut payudara atau pinggul misalnya dapat ditekan sehingga 25 peratus dengan pakaian dalam yang ketat.Padahal itu hanya bersifat palsu tidak kekal lama dan boleh merosakkan garis-garis pada kulit.

Sunday, February 8, 2009

INGINKAN CAHAYA MATA

Setiap dari wanita di dunia ini telah dianugerahkan oleh Allah dengan dua ovari dan dua saluran fallopian.Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada wanita agar dapat hamil lagi jika terjadi kerosakan kepada sebelah ovari dan saluran fallopian .Wanita dapat hamil atau melahirkan anak hanya dengan satu saluran fallopian sahaja.

Lihat sahaja pada bahagian lain pada tubuh seperti paru-paru,buah pinggang atau lainnya yang mana andai salah satu organnya tidak dapat berfungsi ,yang sebelah lagi masih dapat menjalankan tugas tersebut dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan keadaan peranakan wanita.Oleh itu bagi wanita yang diluar sana yang telah rosak saluran ovari sebelahnya jangan risau kerana anda masih berkesempatan menimbang cahaya mata.Insyaallah.

Monday, February 2, 2009

KETAWALAH SETIAP HARI

Pepatah Cina ada menyebut ketawalah sehari tiga kali dan anda tidak akan mati muda.Kebenarannya tentang perkara ini tidak diketahui, tapi yang pasti sejak dahulu lagi memang diketahui ketawa akan dapat mengurangkan stress atau tekanan selain memberi kesan awet muda.

Ketawa dikatakan akan mendorong tubuh untuk berehat kerana semasa ketawa tubuh dirangsang untuk melepaskan hormon endorphin serotin dan melatonin yang merupakan kimia positif yang dihasilkan oleh tubuh.
Keadaan ini akan menyebarkan perasaan tenang dan membuatkan otot tubuh mengendur.Oleh itu tidak hairan jika ketawa dikatakan sebagai bentuk meditasi dan juga kerehatan.

Selain itu dalam beberapa kajian yang dijalankan ketawa dikatakan membantu meringankan pelbagai penyakit serius yang berpunca dari stress seperti tekanan darah tinggi ,diabetes dan berbagai lagi.Disamping menghilangkan stress ketawa juga telah dikenal pasti memberi berbagai lagi manfaat pada manusia.Oleh itu tertawalah setiap hari pada lawak-lawak yang diceritakan oleh teman anda saban hari.